Sunday 3 November 2013

PIALA MALAYSIA MILIK PAHANG


SHAH ALAM: Selama 21tahun Pahang menamatkan penantian bagi menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini, malam tadi.

Matias Ruben Conti, Penyerang import dri Argentina muncul wira skuad Tok Gajah selepas menyumbat gol tunggal menerusi tandukan pd minit ke-58 selepas memanfaatkan hantaran drp Azamuddin Mohd Akil.
Kemenangan itu merupakan kejayaan ketiga Pahang merangkul piala berprestij itu selepas tahun 1983 dan 1992.

 Matias Ruben Conti meraikan gol tunggal perlawanan.  
Pada pertarungan antara pasukan gergasi Pantai Timur itu musim ini, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan seimbang dengan melancarkan serangan berbahaya namun gagal menyudahkan sebarang percubaan pada separuh masa.

Pemain tengah Kelantan, Indra Putra Mahayuddin gagal menggunakan peluang terhidang pada minit ke-18 apabila sepakan percuma daripada jarak 20 meter hanya sedikit melepasi pintu gol Pahang yang dijaga rapi oleh Khairul Azhan Khalid.

Pemain skuad Tok Gajah, R.Surendren hampir meletakkan pasukan berkenaan di hadapan pada minit ke-27 namun sepakan beliau terkena tiang gol Kelantan.

PASUKAN Pahang rai kemenangan selepas berjaya menewaskan pasukan kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam

HOGOH! PAHANG! HOGOH!











No comments: