Monday 18 November 2013

KEK COKLAT MOIST KUKUS MUDAH & RINGKAS

Salam Syang Semua....

Nanti, nanti.. Sebelum tu saya nak bgtau korang semua ni.. saya nak perkenalkan nama panggilan manja saya dulu iaitu "Mama As" cewahhhh... hihihihi.. lebih mesra rasanyakan..

Ok.. Berbalik pada tajuk pulak, Ahad lepas Mama As ada buat "KEK COKLAT MOIST KUKUS MUDAH & RINGKAS" permintaan anak2 yg sudah lama Mama As tidak tunaikan, memandangkan pembakar kek kat rumah dah x leh pakai, jadi Mama As ambil keputusan untuk kukus jer kek tu,lagi pun kek kukus lebih lembab dari bakar..

Resepi ni sebenarnya Mama As Ambik dari kawan, tapi x ambil bulat2 la.. Mama As Olah balik resepi tu biar jadi resepi yg senang nak buat dan senang nak ingat.. tu yg penting kan...

sebahagian dari bhn2
*RESEPINYA*

Bhn A
1 cwn serbuk koko  (apa2 brand pun x pe)
1 cwn gula pasir yg dikisar
1 cwn susu pekat (apa2 brand pun x pe)
1 cwn susu cair  (apa2 brand pun x pe)
1 cwn minyak masak (klau ada minyak jagung lagi boleh)

Bhn B
11/2 cwn tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonate
(kesemua bhn B diayak sekali)

Bhn C
4biji telor dipukul kembang



Bhn untuk topping  
Coklat masakan
Serbuk koko
Gula halus
Butter
Susu cair



*Cara*
-Bhn A dimasak sekejap hingga larut semua tapi jangan sampai mendidih tau, sekejap jer, tutup api
-Ayak kesemua Bhn B
-Bhn C iaitu telor dipukul hingga kembang
-Campurkan kesemua bhn A, B & C, gaul hingga sebati.. klau ada mesin adunan lagi bagus, tapi Mama As pakai tangan jer.. ingat ye sampai sebati!!!
-Sapu marjerin, planta @ butter pada loyang yg hendak dikukus tadi
-Kemudian masukkan adunan kek tadi dan kukus selama 45mnit @ klau nak tahu kek tu masak cucuk tengah2 kek dgn lidi yg bersih..klau masih berair maknanya x masak lagi.. kalau kering, maknanya masak la..
-Akhir sekali setelah sejuk kek, tuang topping atas kek tu dan ratakan kesemua dan hias ikut cara korang la. 

setelah masak, sejukkan dulu
belum sempat snap gambar anak2 dan ptong dulu..

Cantik tu x la sgat tapi sedap tu mmg sedap...
Cubalah!!!
Bye...



Friday 15 November 2013

TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY


ASSALAMUALAIKUM

Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..

Klik sini untuk SERTAI :

Tuesday 12 November 2013

SOTONG KATOK SERAI

Salam syg semua..
Semlm teringin sgat nak makan sotong masak serai yg kuah hitam tu... jadi lepas balik krja, ajak hubby g Econsave cari sotong,

Jadi ary ni saya nak masak la masakan tu.. xceli, sebenarnya masakan tu dari pantai timur.. mayB, klau u alls bukan dri pantai timur, x tau masakan ni kot..

Resepinya sgat simple dan untuk yg nak berdiet masakan ni sesuai sgat lah...


hirisan bwg merah/bwg putih, serai ketok n sotong 

asam keping, gula nisae, garam n perasa
*RESEPINYA*
Sotong dibersihkan(jangan buang dakwat)
Bwg merah dihiris
Bwg putih dihiris
Asam keping
Serai diketok
Gula Nisae(Gula Melaka)
Garam N Perasa

*CARANYA*
Masukkan kesemua bahan kecuali sotong, apabila mendidih bru masukkan sotong...


Tadaaaa.... ini la rupanya sotong masak serai setelah masak, sedap dimakan dgn ikan goreng n sambal belacan.. anak2 saya suka sgat, makan nasi sampai licin pinggan..mesti u alls pelikan kuah dia warna hitam, itu sebenarnya dakwat yg ada dlm sotong tu....  Cubalahhhhh....

Sampai jumpa lagi......

Sunday 3 November 2013

PIALA MALAYSIA MILIK PAHANG


SHAH ALAM: Selama 21tahun Pahang menamatkan penantian bagi menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini, malam tadi.

Matias Ruben Conti, Penyerang import dri Argentina muncul wira skuad Tok Gajah selepas menyumbat gol tunggal menerusi tandukan pd minit ke-58 selepas memanfaatkan hantaran drp Azamuddin Mohd Akil.
Kemenangan itu merupakan kejayaan ketiga Pahang merangkul piala berprestij itu selepas tahun 1983 dan 1992.

 Matias Ruben Conti meraikan gol tunggal perlawanan.  
Pada pertarungan antara pasukan gergasi Pantai Timur itu musim ini, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan seimbang dengan melancarkan serangan berbahaya namun gagal menyudahkan sebarang percubaan pada separuh masa.

Pemain tengah Kelantan, Indra Putra Mahayuddin gagal menggunakan peluang terhidang pada minit ke-18 apabila sepakan percuma daripada jarak 20 meter hanya sedikit melepasi pintu gol Pahang yang dijaga rapi oleh Khairul Azhan Khalid.

Pemain skuad Tok Gajah, R.Surendren hampir meletakkan pasukan berkenaan di hadapan pada minit ke-27 namun sepakan beliau terkena tiang gol Kelantan.

PASUKAN Pahang rai kemenangan selepas berjaya menewaskan pasukan kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam

HOGOH! PAHANG! HOGOH!