Wednesday 30 October 2013

PENGAWAL KESELAMATAN BERSENJATA ROMPAK KEDAI EMAS


Pengawal Keselamatan Bersenjata Rompak Kedai Emas di Setapak | Kedai Emas di KL Festival City Mall Di Rompak | Lepas kes Pegawai Keselamatan Tembak Mati Pegawai Bank, kini timbul pula berita Pegawai Keselamatan Rompak Kedai Emas. PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.



Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan.

Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah.


Sumber : mStar 31/10/13

Thursday 24 October 2013

PENGALAMAN MELAHIRKAN CAHAYAMATA PERTAMA

Salam Sayang Semua..

Korang pernah x alami sakit saat kelahiran... Pada kaum2 ibu diluar sana mesti pernah merasa betapa sakitnya nak bersalin, ore klate oyak, tiko nok buko jalan tu.., so nak cerita skit pengalaman mek pada saat terindah semasa 15tahun dulu..Semoga pengalaman mek ni boleh di jadikan info kepada semua isteri mahupun suami yang bakal menimang cahaya mata terutamanye anak sulong..
yang bestnya mek ni x ada langsung alahan.. asyik nak mkn jer...

Dipendekkan cerita,Masuk bulan ke 9.. mek dah x larat nak bawa perut yang besar, perut mek waktu tu berkilat.. sampaikan x nampak pusat.. waktu tu klau terkena benda dkt perut, mmg sakit..huhuhu... org2 dok cakap yang mek mengandung kembar air...

Due date waktu tu di jangka 30 June 1998.. Tapi, pada hari Ahad, 28 June 1998 pagi tu, perut dah mula sakit-sakit macam kontrasi tapi tak pasti la yang tu sakit nak bersalin sebab mek ni memang suka sakit perut..banyak angin..,tapi sakit tu macam berulang ulang dalam 1 ke 2 jam sekali....kebetulan husbund mek ada waktu tu....bagitau husbund tapi, dia pun wat tak kisah je sbb ingatkan sakit perut biasa... 

Dah masuk Jam 11pgi, husbund bawak g hospital, coz mek sakit lain macam jer... Waktu tu hospital belum ditukar nama lagi, Hospital Besar Kota Bharu, sekarang Hospital Raya Perempuan Zainab II.. 

Sampai dihospital, terus g kaunter bersalin cakap rasa tanda nak bersalin..,so misi pun suruh masuk bilik rawatan untuk cek bukaan..terkejut pun ade..ingatkan macam mane nak cek bukaan tu... padahal mek pernah jadi nurse di mertenity wad dulu, swasta jer..,apa lagi kena seluk la... degupan jantung baby pun ok...pastu doktor kata dah boleh masuk Labour Room sebab bukaan dah 3cm.. masa dok atas katil bersalin tu sekali lagi doktor cek bukaan bila cek bukaan dah 7cm...cepatnya..so doktor kate dah boleh pecahkan air ketuban... nak pecahkan air tu kena seluk lagi, than masa tu barulah pecah air ketuban..hangat rasanya..tapi memang betul rasanya cakap org, mek mengandung kembar air.. memang boleh bunyi air tu jatuh ke lantai, memang banyak la..

Masa tu Misi suruh mek teran.. lepas mek teran tu, waktu tu rasa cam pedih2 jer rupa2nya terkoyak sikit..mek pun terus teran sekuat hati...Alhamdulillah akhirnya mek berjaya melahirkan anak mek pada pukul 3.30ptg 28 June 1998...pastu misi tunjukkan jantina baby pd mek, baby boy...masa tu dah lembik sangat badan mek...

Sementara nak gunting tali pusat, misi letak baby atas perut mek,Waktu tu la, air mata mek mengalir.... :'(  Air mata gembira... lepas siap potong tali pusat...uri pun dah di keluarkan misi terus bawak baby mek untuk di bersihkan....masa tu macam tak percaya mek dah melahirkan anak, waktu tu la rasa cam x nak mengandung dah..sedar2 mek rasa sakit rupe2nya misi tengah jahit bahagian yg terkoyak tadi...sakitla jugak tapi lagi sakit nak bersalin...lepas siap jahit mek di biarkan rehat dan misi bagi mek minum air coklat suam..

Dalam pukul 5 lebih husbund pun masuk dlm wad.. mek tengok muka Husbund sangat gembira...husbund pun terus jumpe misi untuk azan kan baby.. mek cakap dkt husbund, muka baby sebiji muka dia...memang waktu tu mek rasa bahagia sgat... anak kami dinamakan Muhammad Arif aiman Bin Affandi sekarang dah umur 15thn.. dah jadi anak bujang dah..


gambar time nak g sekolah ni..
mudah mudahan jadi anak yang berguna dan patuh padaNya.. Amiin..



SAMBAL BELACAN GORENG

Salam Sayang Semua....

Minggu lepas saya ada buat SAMBAL BELACAN GORENG Perghhhhh Sedap gila..nasib x gila.. hihihihi..
Resepi tu saya ambil dari seorg kawan dari indonesia..

Resepi ni mcm biasa jer yg pembaca buat kat rumah tu, cuma bahan2 tu digoreng sekejap dengan sedikit minyak..


                                            
                  digoreng sekejap la kann


Nak resepi!!!!

Nanti ye.... lepas bhn tu digoreng sekejap.. sebelum nak blend tu, masuklah garam, gula, air asam jawa(gaul dgn air masak tau..)



                                                
                  masuk la dalam blender

ok lah ni resepinya..
 *Segenggam Besar cili padi kampung
 *2@3 biji cili merah-dipotong
 *Tomato 1 biji-dipotong
 *1 Labu bawang merah besar-dipotong
 *3 Ulas bawang putih-dipotong
 *2Inci belacan, nak letak lebih pun boleh lagi kawww...
 *3 Sudu gula pasir
 *2 Sudu kecil garam
 *2 Sudu besar asam jawa di ambil airnya (ingat!!! campur dengan air masak ye)



                                              
  taadaaa... inilah rupanya, gambar x berapa clear laa..


Sorry la.. gambar x cantik sgat, janji perghhhhh...Simpan dalam balang dan masuk dlm peti sejuk...

Selamat Mencuba!!!!!







Wednesday 23 October 2013

BARLI Banyak Khasiatnya

BARLI Banyak KhasiatnyaBarli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu. Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinaaan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan.

Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di Negara-negara barat. Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok yang tingginya kira-kira satu meter. Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.



Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut. Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ‘waxy’ lebih tinggi kandungan beta-glucan daripada jenis barli lain. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan bartanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2. Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Barli mengandungi tokol yang tinggi.

Barli juga merupakan sumber baik bagi vitamin B dan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsangkan penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di England melaporkan barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromium. Pesakit diabetes perlu mengawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.


Tunas bijirin barli bertindak sebagai pelega, pengeluar kahak dan pelembut. Kadang kala ia juga bertindak sebagai bahan yang boleh menyebabkan keguguran. Dikatakan tunas barli boleh digunakan untuk merawat dyspepsia serta muntah dan kekembungan akibat meminum susu ibu. Sebaik-baiknya tunas bijirin barli ini tidak diberikan kepada ibu yang menyusukan bayi kerana ia mengurangkan pengaliran susu.

Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli (rebusan air barli dalam air). Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu diambil sebagai penyejuk badan.

Selain bijirin barli, daun pokok barli yang berupa seperti lalang dan berwarna hijau juga dikatakan berkhasiat. Apabila daun ini mencapai ketinggian sehingga 12 hingga 14 inci, ia mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yagn diperlukan oleh manusia.

Malah dikatakan jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hamper 5 kali besi dalam bayam, 7 kali vitamin C dalam oren dan 80 mg vitamin B12 daripada 100 gm barli.

Bagi penyakit serius sepert arthritis dan barah, pengambilan jus ramuan daun barli yang berwarna hijau atau yang telah dikeringkan, yang diambil dalam jangka masa dua jam selepas makan kepada 20 minit sebelum hidangan seterusnya dikatakan mampu membuatkan enzim-enzim digunakan dengan baik.

Cara ini dapat membiarkan enzim diambil secara langsung dan sekali gus masuk ke dalam saluran darah di mana ia digunakan bagi memperbaiki dan menyembuhkan tubuh. Jus yang dihasilkan daripada daun barli juga dikatakan mampu merendahkan tahap kolesterol dalam darah. Bahan kimia dalam daun ini dikatakan mampu melambatkan penghasilan kerosakkan saluran darah yang disebabkan oleh diabetes.

sumber dari : seribupilihan

Pegawai bank maut ditembak pengawal keselamatan


Harapkan pagar, pagar makan padi. Pegawai keselamatan yang sepatutnya menjaga keamanan bertindak merompak wang di dalam bilik kebal dan menembak mati seorang pegawai bank di bahagian kepala.



Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, difahamkan memasuki bilik berkenaan bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang.



SUBANG JAYA: Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit.

Kejadian berlaku di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun, difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.

Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.

Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah wang dengan menaiki motosikal.

Bagaimanapun, jumlah wang yang dilarikan tidak diketahui.

Read more at: AstroAwani


Read more: http://www.mawardiyunus.com/#ixzz2iavilJ9U