Salam Syang Semua....
Nanti, nanti.. Sebelum tu saya nak bgtau korang semua ni.. saya nak perkenalkan nama panggilan manja saya dulu iaitu "Mama As" cewahhhh... hihihihi.. lebih mesra rasanyakan..
Ok.. Berbalik pada tajuk pulak, Ahad lepas Mama As ada buat "KEK COKLAT MOIST KUKUS MUDAH & RINGKAS" permintaan anak2 yg sudah lama Mama As tidak tunaikan, memandangkan pembakar kek kat rumah dah x leh pakai, jadi Mama As ambil keputusan untuk kukus jer kek tu,lagi pun kek kukus lebih lembab dari bakar..
Resepi ni sebenarnya Mama As Ambik dari kawan, tapi x ambil bulat2 la.. Mama As Olah balik resepi tu biar jadi resepi yg senang nak buat dan senang nak ingat.. tu yg penting kan...
sebahagian dari bhn2 |
*RESEPINYA*
Bhn A
1 cwn serbuk koko (apa2 brand pun x pe)
1 cwn gula pasir yg dikisar
1 cwn susu pekat (apa2 brand pun x pe)
1 cwn susu cair (apa2 brand pun x pe)
1 cwn minyak masak (klau ada minyak jagung lagi boleh)
Bhn B
11/2 cwn tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonate
(kesemua bhn B diayak sekali)
Bhn C
4biji telor dipukul kembang
Bhn untuk topping
Coklat masakan
Serbuk koko
Gula halus
Butter
Susu cair
*Cara*
-Bhn A dimasak sekejap hingga larut semua tapi jangan sampai mendidih tau, sekejap jer, tutup api
-Ayak kesemua Bhn B
-Bhn C iaitu telor dipukul hingga kembang
-Campurkan kesemua bhn A, B & C, gaul hingga sebati.. klau ada mesin adunan lagi bagus, tapi Mama As pakai tangan jer.. ingat ye sampai sebati!!!
-Sapu marjerin, planta @ butter pada loyang yg hendak dikukus tadi
-Kemudian masukkan adunan kek tadi dan kukus selama 45mnit @ klau nak tahu kek tu masak cucuk tengah2 kek dgn lidi yg bersih..klau masih berair maknanya x masak lagi.. kalau kering, maknanya masak la..
-Akhir sekali setelah sejuk kek, tuang topping atas kek tu dan ratakan kesemua dan hias ikut cara korang la.
setelah masak, sejukkan dulu |
belum sempat snap gambar anak2 dan ptong dulu.. |
Cantik tu x la sgat tapi sedap tu mmg sedap...
Cubalah!!!
Bye...